March 25, 2011

Notis Pertukaran Alamat

Salam semua...

Disini saya ingin menyatakan bahawa blog BuyenPhotographics telah berpindah ke blog baru atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, dan juga bagi memberi nafas baru kepada kandungan isiannya. Sila klik link di bawah untuk ke blog terbaru saya:

http://www.buyenphoto.blogspot.com/

Diharap anda semua dapat menerima dan menyokong perubahan ini.

Sekian Terima Kasih.

February 09, 2011

Majlis Pernikahan Nurul Huda dan Hasyidan

Salam, entri kali ini memaparkan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Nurul Huda dan Hasyidan. Huda merupakan rakan sekolah saya sejak sekolah rendah lagi, dan kami sekampung..kiranya amik gambar orang kampung saya la ni..Pasangannya Hasyidan berasal dari Besut, keduanya bekerja di Gebeng, mungkin dari situlah bermulanya perkenalan mereka yang membawa ke jinjang pelamin ini. Ucapan dari Buyen Photographics, semoga kalian kekal bahagia dunia dan akhirat dan cepat-cepat timang anak..:)



















January 22, 2011

Pertunangan Ibrahim dan Naqiah

Naqiah merupakan senior saya sejak dari sekolah menengah hingga UiTM Perak dan Shah Alam, seorang yang 'happy go lucky' tapi kadang2 garang juga..namun di majlis pertunangan ini, beliau nampak berseri2 dengan mengenakan persalinan ini. Tahniah Naqiah & Ibrahim, moga hubungan kalian terus bertambat hingga ke jinjang pelamin..InsyaAllah.


make-up by my wife
















January 17, 2011

Perkahwinan Nas dan Iza

Salam, entri hari ini memaparkan gambar-gambar pada majlis perkahwinan pasangan Nas & Iza yang diadakan di Taman Anjaria, Dungun. Majlis yang ringkas tetapi tampak mewah dengan hiasan dan dekorasi yang unik pada kanopi dan rumah pengantin. 

Hujan renyai2 turun sejak dari awal majlis lagi, mujur x lebat sangat. Maklumlah hujung tahun lepas musim hujan, memang ini risiko yang harus diambil oleh para pengantin yang bercadang mengadakan majlis mereka pada musim hujan begini. Mungkin masalah pada awal hari je kot, malam harinya mungkin jadi terbalik. (saya pun pengantin baru nak lama, xde hal dah ada lesen :p )













January 11, 2011

Persandingan Zul & Lah

Jika sebelum ini majlis akad nikah, kali ini paparan pada majlis persandingan pasangan Zul & Lah pula menyusul. Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Nibong, Dungun. Deretan 4khemah 'arabic' merentangi jalan di hadapan rumah ini, menggambarkan suasana yang meriah dan 'grand'.

Maklumlah kedudukan rumah ini dengan UiTM Dungun yang hanya kira-kira 10minit berkereta, jadi ramai rakan-rakan sekerja di sana yang datang meraikan pasangan pengantin baru ini.