March 28, 2010

Persandingan Mie & Nita 130310

Tarikh rebutan 130310 yang lepas, saya bertanggungjawab untuk merakamkan kenangan bagi 2 pasangan pengantin iaitu Faizal&Zie pada sebelah pagi dan Mie&Nita pada petangnya..Pasangan muda ini melangsungkan majlis persandingan mereka di Felda Kerteh 3..ikuti sedikit gambar sepanjang majlis mereka..tahniah buat Mie&Nita..







March 26, 2010

Perkahwinan Faizal dan Zie 130310 Paka

Pasangan Faizal dan Zie telah memilih tarikh rebutan pada musim cuti sekolah yang lalu iaitu pada 130310 untuk memahat kenangan bersama dalam hidup mereka. Mereka berdua selamat dinikahkan di Masjid Pinang Merah dan terus melangsungkan persandingan dalam suasana sederhana tetapi meriah di rumah pengantin perempuan juga di Pinang Merah,Paka..









March 20, 2010

Persandingan Mie & Ila

Hari terakhir khidmat saya untuk pasangan Mie & Ila adalah untuk merakam detik2 persandingan mereka yang diadakan pada 050310 yang lepas, bermakna telah melangkaui 2minggu barulah gambar2 ini dapat disiarkan...maklumlah cuti sekolah yang singkat menyebabkan ramai pengantin yang melangsungkan majlis mereka pada minggu ini, tambahan pula sebagai org yang baru berjinak2 dengan dunia fotografi, saya masih terkial2 untuk handle majlis dalam kuantiti yang banyak pada satu2 masa..namun pengalaman itu hanya dapat diperolehi melalui situasi sebegini..semoga saya terus dan akan mengekalkan kualiti khidmat saya..

















March 15, 2010

Outdoor Ila & Mie Pantai Seberang Pintasan

Pasangan secocok yang sungguh meriah ini telah melangkah bendul dengan mengadakan majlis outdoor dahulu selepas akad nikah..keesokan harinya barulah bersanding kerana tarikh akhir yang dipilih oleh mereka telah bertindan dengan pengantin lain..Untuk entry kali ni saya upload banyak sikit gambar, sebab bawa bersama back-up Photog@cik andam untuk shooting yang diadakan di Pantai Seberang Pintasan.