September 10, 2009

Persandingan Dhiya dan G-joe 010809

Salam..

Adeh..akhirnya berjaya juga update blog setelah hibernate selama 2 bulan++..terpaksa jaga site untuk 3projek selama 2bulan ni. Beku otak melayan kerenah maincon, kongsikong dan kulikong yang pelbagai ragam. Untuk entry kali ini, dimulakan dengan majlis persandingan Dhiya dan G-joe, 2orang kawan time sekolah dulu. Gambar natural sahaja tanpa editing sebab kesuntukan masa+otak tepu dah lama xbuka photoshop. Nantikan 2 3 entry lagi selepas ini. Tahniah buat Dhiya dan G-joe..Terima kasih.








Bersama cik pengapit a.k.a Cik Andam









June 11, 2009

SLIDESHOW AMIR & AINUL

Salam..ini adalah first slideshow yang baru berani nak publish..yang trial tu ada byk tapi xsedia lagi nak post sebab masih xyakin dengan kualitinya..
Yang ini pun masih banyak kekurangan, tapi tujuan publish ni adalah untuk mengumpul dan mendapatkan seberapa banyak komen@kutukan@sindiran@tips2 yang boleh digunakan untuk memperbaiki lagi mutu slideshow yang akan dimasukkan ke dalam pakej fotografi saya..
Jadi dengan hormatnya dipersilakan anda semua untuk meninggalkan sebarang komen membina bertujuan membantu saya meningkatkan lagi mutu dan kualiti hasil kerja saya..
Sekian, selamat mengomen..

June 05, 2009

Mekap Dhiya Farida

Dhiya Farida Rosid & Azizul Arifin, 2orang rakanku kini bersatu menjadi sepasang suami isteri. Semoga hubungan mereka berkekalan dan bahagia sentiasa. Ini adalah sebahagian gambar yg sempat diambil selepas tamat majlis pasangan Nasuha & Anuar di bawah..